Friday, February 23, 2007

False Impression

Have just finished reading a book by Jeffry Archer- title False Impression..I can only summarize this - its good and damn i did not get enough sleep because of this book...anyway - berbaloi la jugak. unlike Dan Brown, aku rasa aku lagi senang baca buku ni...tak la complicated sangat and takla heavy.



Actually, aku bukannya minat sangat nak baca buku2 dari genre ni...first time aku start baca triller pun buku John Rain, tajuk ...tak ingat. okla and it took a week for me to finish whereas i only spent 1 day (minimum) or 2 days (maximum) to finish a fiction novel. and alhamdullilah, this time with Archer, I took a day and a half. okla tu daripada buku John Rain.



Bukan nak kejar masa sebenarnya...if you love to read, you take your time..pampered yourself with the story and kekadang tu, boleh tenggelam terus dalam cerita. For a good writer and a good book, you can find urself in that position...but if you read nonsense, am not suprise if you put aside the book and get bored. until today, i cant get my hand on Da Vinci Code...dont know why...maybe otak aku takleh nak terima genre serious mcm tu.



anyway - would very much recommended for you guys to read False Impression...not that heavy and yes for me, i cant put it down (even during office hour - actually, baru jer abis baca..curi2 masa hari jumaat). So, Good Luck!



ps/ Thanks mar for the book...





Thursday, February 22, 2007

New Blog

This is for enab....

KL - Taiping - KL

Amik masa jap to update my blog...kang enab boring - abis satu blog dia komen...

last friday (16 Feb. 2007) went back to taiping dengan enab and sani- thank you enab...lov ya!! sbb? tiket bas dah abis and aku dah tak option lain utk balik ke taiping selain daripada 'memaksa' sahabat aku sorang ni menghantar aku ke taiping....bestnya...ala..korang pun memang nak jejalan kan? hehe. tapi itu bukan sebb utama aku nak menulis ari ni..yg aku nak bercerita skit pasal kesesakkan selama 5 jam dalam kereta..


usually, it take 3 hours to reach taiping from KL - dengan bas ke, kereta ke - memang 3 jam.tapi pagi tu (we departed at 2.00 am - saturday morning) and stuck in the jam for almost 3 hours. along the way - semua perhentian full..we managed to rest at tapah (itupun nak parking mcm nak separuh mati, and jalan ke foodcourt punyala jauh, the food? tak yah nak cakap - mcm makan kat kantin asrama). continue our journey and our next stop kat sungai perak..jem jugak...petronas penuh, tandas nak kena beratur (daripada ada semangat nak masuk, terus tarak mood)...alhamdullilah, selamat sampai ke umah mak aku kul 8.30 pagi (lebih kurangla).

from taiping to kl, balik dengan hubby and brother in law...pun sama gak...memang dah expect pun. from 2.15 pm (tuesday - bertolak lambat sangat sebb keta buat hal), stuck in the jam 6 hours..huhuhu..nak nangis pun ada. semua perhentian full, and yg peliknya, hentian Rawang ditutup? gila apa...dahla abg ipar aku dah terdesak sangat nak ke toilet time tu, time tu jugak nak tutup jln masuk ke hentian..gila apa. so aku bedal jer masuk ikut jalan exit..

reached kl at 8.30 and baru kitaorg rest betul2...nak berenti lelama kat hentian rawang tak leh sebb takut keta mampus lagi sekali...

penat? emm...memang penat giler..hubby lak continue his journey from kl to paloh, and reached there at 2.00 am..nak temankan pun takleh sbb aku keja the next day.

so, lain kali, plan elok2 nak balik kg tu..make sure keta tak rosak mcm keta aku ni aahh..tension tul..nasib baik bole start balik (keta), kalau tak, ayah mertua aku nak hantar kitaorg to kl and paloh..alahai...

ps/ - baru sempat baca blog capt this morning, terperasan ada link to my blog. really appreciated it ..tapi bukn whistle..ntah apa la capt..sit-thewhistle la...

mar, bila hang nak ada blog sendiri ni? takkan nak baca blog org lain jer?

Wednesday, February 14, 2007

Valentine Day

my dear best friend, maria wrote in her email to me today:

"let us not forget that it is also a day to appreciate and cherish their good friends!"


so dear dear good friends of mine, happy valentine day to you all......may this day, you find your love and cherish it....


and to my father in law - Happy BESDAY!!! emm...nak kena cari hadiah lepas ni...



Tuesday, January 30, 2007

'Kawan lama'

Semalam termimpikan kawan lama yg used to be my dear, closest and trusted friend...dont know why i dream about her...mimpi lak pelik..she was asking me why the heck we are no longer kamcing and did she do something wrong...bangun jer dari tido, aku termangu sorang2..lama la jugak aku bertafakur sorang2 daripada kul 5.30 pagi aku bangun, 5.45 baru aku mandi...org cakap, kalau ko terfikirkan org tu, then memang ko akan termimpikan org tu..ye ke?


kalau korang confius, aku sure enab mesti gelak kat aku nyer- (siap hang)...ada cerita sebenarnya kenapa aku dah tak rapat dengan dia ni...seingat akula unless kalau aku dah hilang ingatan la...aku tak pernah sedikit pun abaikan dia...opssi..sorila aku tak leh nak mention name...apa kata aku panggil dia ..emmm bubu...



aku kenal bubu masa aku study lagi..masa tu semester 2 and aku lak masuk class yg aku tak ada geng...so nak tak nak memang kena grouping dgn dia and the geng.. aku rapat dgn bubu and the rest sampaila aku keja..nama pun lebih kurang sama jer and kebetulan lak, perjalanan aku dan dia sama..kami praktikum sama2 so memang kerapatan tu makin kuatla...aku memang jaga dia macm aku jaga adik aku walaupun dia tu tua setahun dari aku..jgn tanya kenapa ...aku pun confius.

yg buat aku sedih sampai lani...cara dia gunakan kepercayaan aku - silap aku jugak..dari dulu aku bukannya senang nak bercerita pasal peribadi aku tapi dgn dia aku bedal jer...yelah bila ko dah percaya..ko percayala kan...ko tak expect pun dia akan bukak pekung di dada...kalau dia nak bercerita tentang keburukan perangai aku...aku tak kisah..ceritala...tapi sampai cerita peribadi aku dekat org lain(aku cerita pada insan2 yg aku sayang and percaya sahaja and aku paling tak suka and pantang kalau org bercerita pasal peribadi aku dengan org lain) - memang melampau and aku tak leh terima...

entahla...aku cuma harap - eventhough sampai hari ni dia duk defend yg dia buat tu utk kebaikan aku (what the heck anyway-urrr...memang aku tak leh nak terima alasan dia) aku memang takleh nak rapat dgn dia mcm dulu..kawan ala2 bacang bole la..tapi utk rapat kembali seperti waktu dulu? nope....no way man..once is enough..i treat you like a princess, you treat me like a dog...

pengajaran besar yg aku belajar ... lani, aku tak suka share masalah aku dgn org lain even dngan yg paling rapat pun..masalah besar aku, biarla aku and Allah sahaja yg tahu. susah nak tahu yg mana kawan and lawan...even ko percaya kat org tu pun, aku rasa, lebih baik aku simpan sendiri...


True friendship is a precious jewel in our lives. A true friend--one who is there in rain or shine--is like a lifeline when we are sinking into the sea of sadness, a beacon to bring us home. They are with us unconditionally, asking nothing in return. They embrace us, help us, and sometimes just sit with us. They rejoice in our successes and console us in our failures. They can also be brutally honest with us about our faults and fallacies, not out of meanness or egotism, but out of a desire to help us avoid the pitfalls they see in our path.

So nurture your friendships. Value them more than any material thing this world has to offer. They are both strong and fragile at the same time. Strong in that no outside force can destroy the bond of true friendship and fragile in that the inside dynamics between two people can. Be a true friend and embrace a true friend. The rewards are great . . .

Monday, January 29, 2007

Perkahwinan

read an article in saifulislam.com about 'Erti perkahwinan - yang dibina atas perjuangan'. tersentuh sebenarnya....mengingatkan diri sendiri yg aku bukan keseorangan sebenarnya. hopefully, ustaz tak kisah kalau saya masukkan dalam blog saya petikan nasihat senior ustaz ...

"Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, (saifulislam.com)

memang benar - jgn memilih seseorang kerana kesempurnaan...kerana kesempurnaan itu tiada dalam satu perhubungan..and jgn terlalu demanding...when you love someone, it should be unconditional love..it is how you give and take...mengharapkan balasan dalam setiap perhubungan tidak akan mendatangkan sebarang kebahagian pada diri sendiri and partner...emmm..aku bukanlah tempat yg sesuai utk dijadikan rujukan...sekadar berkongsi apa yg pernah aku lalui..

dulu, masa hubby amik keputusan ke johor - his main concern is aku...aku tengah pregnant 5 months masa tu...most of my family were against his decision...mana taknya...aku faham kalau depa tak bagi pun...tapi kami dah sebulat suara..yup, its not easy...it took a lots of my kekuatan utk tidak menangis and give up...kalau korang kata senang - aku ingin melihat di mana kesenangan yg ko maksudkan....

and aku harus akui - life is not easy if you set your mind as that...percayala....and aku rasa aku mahu jadikan pegangan ustaz as pegangan aku... kuantiti is not important but quality is...its how you spent your time with your hubby and children even if they are far away...

believe me...kepenatan tidak akan terasa bila bersama depa...ko cuma akan terasa penat bila keseorangan...emmm...


"Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya" (saifulislam.com)

Long Call for Maria

Last Friday (26th January 2007), I went for Maria's long call at Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa -kuasa Khas bersebelahan dengan Dayabumi..first time attended such ceremony and i think i can understand why this ceremony is so meaningful for those yang dilantik and diterima secara rasmi as a lawyer... the proceeding was similiar with court proceeding - a Judge, case being presented (emm...there were senior lawyers that read the 'soon to be lawyer's background, their appreciations to their families, friends and etc) and then, the Judge will decide whether or not the 'soon to be lawyer' will formally dilantik as lawyer..and disarungkan jubah hitam by their master (during their chambering days).

for me...melihat sendiri bagaimana sahabat aku ni struggle for her clp (dengan research di MIMA and preparation for exam)...gone through the hardship and dugaan sepanjang chambering (9 bulan)...i must say, i am proud of her..really proud...

for maria,
keep up the good work...you deserve the best and may Allah bless you always. Source: http://www.tembeling.com/pp/ (highly recommended - the pictures are great!)



Wednesday, January 24, 2007


Dalam hidup ni, you cannot expect things to happen as smooth as you hope...naper aku cakap mcm tu?well...simple, kita bole merancang, yes, tapi untuk menentukan apa yg nak berlaku in future or tomorrow, well keputusan itu bukan ada dalam tangan kita...i have been thinking - these past few days - what have had happen to me and i should be thankful for what ever Allah has given to me...yup...sometimes, during the hardship - you will forget about this - keep on blaming yourself and others for the situation you are in (mostly the othersla). you dont want to take it easy...and then after the problem settled and you are calm, baru you realized that 'what the heck' . this is life dear friends...sometimes, you need someone to remind you so...huhuhu..mcm aku lani la...huhuhu...
oh ya, this is for zainab:
enab, if you love someone, love youself first...then you will know that you have much more love to share and give...i have gone through the same process as you did (bab rahsia tu) but at the end of the day, if you really love him and he love you, he will accept your wrongness and weakness....the most important thing is - you understand him and he understand you...but i will have to say this, accept yourself first then he will accept you...Orait..
okla...chow...

Tuesday, January 23, 2007

gambar fifi

tak nak cerita banyak - sebab penat belum abis (travel from taiping to KL) errrrrrrggggg


fifi baru belajar nak meniarap




me and fifi



fifi and her opah

Friday, January 19, 2007

selamat Tahun Baru 1428 H

dear frenz,

selamat tahun baru - moga tahun hijrah kali ini memberi sedikit kelapangan buat kalian bersama keluarga..semoga dengan kehadiran tahun baru ini, membawa satu perubahan dalam kehidupan kalian...bagi aku di sini, insya Allah, semoga dengan kehadiran tahun baru ini memberi aku sedikit kekuatan, insya Allah....semoga anak kami sihat dan dirahmati Allah sentiasa...

opss....alhamdullilah yg amat sangat kerana akhirnya abg ipar aku nak kawin jugak tahun ni....syukran...insya Allah, bulan 3 ni, ke rembau la aku....hehehehe...merisik dulu and then insya Allah, bulan 5 ni bertunang...aku doakan kebahagian kalian...lagipun dah cukup umur dah dia nak kawin pun...hehehehe.

emmm....buat sahabat2 ku yg lain - maria, jawa - kuatkan hati and semangat...sungguh aku kagum dengan kalian...insya Allah, doa aku sentiasa bersama kalian...

enab and sani - aku harap hubungan kalian dirahmati Allah sentiasa...dilindungiNya and jganla LAMBAT SANGAT NAK KAWIN TU....aku nak makan nasi minyak korang NIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

emm....buat bos yang dihormati, aku doakan kebahagian keluarga and dirahmatiNya sentiasa...semoga tahun baru ini membawa seribu makna buat kalian sekeluarga...

k lil - ayoo...siapla...kalau ct jumpa sesaper yg ct berkenan karang - akak kena jumpa dia jugak...kita nak makan nasi minyak awk lak..



Wednesday, January 10, 2007

CINTA SEORANG PEMBERI


emm...naper ari ni aku nak cakap pasal cinta seorang pemberi? cinta?


how do you define cinta?

what is actually cinta?


its subjective...banyak yg bole ko cakapkan pasal cinta..definitions dia banyak...tapi cinta seorang pemberi tidak sama dengan cinta org yg menerima..naper aku cakap mcm tu? well..masa aku study dulu, aku ada seorang 'kawan' yg terlalu taksub dengan cinta dia.. apa sahaja yg lelaki tu nak, dia bagi..kekadang tu, sampai sanggup basuhkan baju pakwe dia..nak makan pun nak tunggu pakwe...any decisions, semua datangnya dari lelaki ni..sampai lupa kawan and etc.

yg peliknya, aku tengok lelaki ni tak ada pun, siap keluar dgn pompuan lain lagi....yg paling menyedihkan bila aku tengok cara kawan aku layan lelaki ni and betapa hancurnya dia lepas break up...dulu, aku pernah cakap yg dia ni BODOH..bila kawan dah tak ada, baru ko nak merintih mencari kawan lama...tapi aku siapa utk cakap yg dia bodoh?

dah lama aku loss contact dgn minah ni...sampai aku lupa nama and asal dia....terukkan?

bagi aku...cinta seorang pemberi tak sama dengan cinta org yg menerima...sayangnya seorang pemberi itu, tidak sama dengan sayang org yg menerima...maybe, cinta org yg memberi itu lebih banyak daripada yg menerima...sayangnya seorang pemberi itu lagi banyak daripada org yg menerima...atau, cinta and sayang si pemberi, lagi sedikit daripada cinta and sayang si penerima..

"Love many things, for therein lies the true strength, and whosoever loves much performs much, and can accomplish much, and what is done in love is done well."- Vincent Van Gogh

Tuesday, January 09, 2007

menyakitkan hati


emmm..kenapa hari ni aku sakit hati? actually, dari semalam lagi aku sakit hati...kalau sakit hati pasal kerja, aku leh accept lagi sebb kalau keja tak kena kutuk, bukan keja la namanya tu...aku sakit hati dengan perangai manusia yg bermuka dua...depan cakap lain- belakang cakap lain...apa jenis manusia mcm ni?


aku tak kisah kalau ko tak siap keja...asalkan ko admit ..ini tidak, bila ditanya, cakap dah nak siap and aku tak yah campur tangan...tapi bila aku tengok final result keja tu, sungguh2 menyakitkan hati sebabnya - keja pakai bantai and bukan seperti yg diwal-wal...what the f'''. kalau diikutkan, mau jer aku bantai...nasib baik aku ni jenis marah diam...kalau aku ni jenis memekik sana sini, nasib ko la.......ya rabbi....




Monday, January 08, 2007

LIFE IN ESTET












Weekend, spent time with hubby di paloh. Alhamdullilah, hujan dah tidak sekerap bulan yg lepas. Air yg naik di jalan2 exit ke kluang and yong peng dah surut and bolela aku balik bercuti bersama hubby. Tak ada banyak yg berubah sepanjang minggu ini. cuma, kawasan estet yang ditenggelami air dah surut and the impact...wow..memang agak terukla...banyak palm oil yg tumbang, tanah lumpur naik agak tinggi di kawasan estet, and I think kawasan estet FELCRA sahaja yang still ada air...maybe sebab kawasan Felcra tu mendap skit kut..sayangnya aku tak sempat nak amik gambar kawasan banjir..tak apalah....kawasan paloh tak terjejas teruk seperti mana kawasan banjir di muar, batu pahat, segamat and etc. Alhamdullilah...estet hubby pun tak terjejas...alhamdullilah, estet dia near to pekan and di kawasan tinggi.

life in estet? well...for certain people, it might be boring...dependla...banyak jugak advantages dia...for example, you dont have to worry about cost of living..memang rendahla compare to KL. you dont have to think about paying electrical bil, air ke...bil telifon ke..its all provided by the management. but for staff - ada limitla....at least kalau aku satu family kat sini, memang tak yah pikir sangat pasal belanja umah...ayam - fresh punya, sayur, well..dependla...kekadang tu you can get the fresh one...cuma ikan, agak expensive and not fresh at all...maybe sebab supply from outside..and yg paling penting sekali - SAVING..memang ada...nak belanja apa sangat....kalau ko jenis boros, memangla...

but to tell you the truth, most of the staff kat dalam estet ni, yg aku perasan, paling koman, depa ada keta kancil..most of them, pakai wira. yg tak tahan tu, ada yg pakai waja tu..alahai.motor, tak yah cakap la..aku rasa memang wajib dalam estet ni ko pakai motor..kalau tak, ko nak masuk field mcm mana...



pekan paloh kecil jer..but sufficient. ada stesen KTM, bank (maybank and bsn), kilang, kedai makan - banyakla jugak, kedai runcit lagila..., cuma yg tak ada KFC, Mcdonald, or Pizza..huhuhu...setakat nak cari bekalan makanan, beres jer...kalau terasa boring tu, bole ke yong peng, kluang (which will take you almost 20-25 minutes by car) or batu pahat..tak jauh..cuma nak ke segamat (lalu jalan kampung) sakit skitla...kiri kanan kelapa sawit.

kalau nak tahu, kul 5.30 pagi, loceng akan berbunyi - time keja (friday cuti kay). memang satu estet leh dengar and kuat GILER. aku kalau tido mati, memang tak dengar..kalau tak, ko bole bangun subuh terus..and then, at 6.10 am, harvesters and staff dah berkumpul for 'master' (punch card), the assistant manager (AM) will brief them on their tasks for the day. and then, after about 1/2 hour or more, you dah masuk field. most of the staff kat sini, local, indonesian, some from india and bangladesh..but yang paling ramai, indonesian and local indian.

tasks will include:

1. harvesting - potong tandan buah yg masak;
2. weeding - meracun;
3. prunning - kutip buah yg luruh (ini wajib sebb nak jaga kawasan kasi bersih and tak der anak pokok yg naik.
4. research - well...aku tak berapa surela..yg ni bukan dalam bidang tugas hubby..so aku pun tak tahu banyak sangat;
5. kilang - each estet ada kilang sendiri tau...so after harvesting tu, terus dibawa ke kilang. dalamla jugak...

one of the task is - susun pelepas...aku tak ingat istilah apa hubby aku bagitau dulu



weeding


weeding - pakai tractor


insofar, ini sahaja yg aku leh fikirkan...staff yg lain- tugasnya bersihkan rumah majikan and staff kerani. umah hubby aku, adala makcik ni yg bersihkan...kecoh jugak mulut dia..kekadang tu, bole sakit jiwa gak aku dibuatnya..huhuhu..tapi, trick dia, masuk telinga kanan keluar telinga kirila.

hubby aku, masuk keja kul 6.10 pagi, rest at 10.30 (itupun kalau dia rest), continue his work at 11.30 until 2 pm and rest for an hour..lepas tu, sambungla sampai kul berapa yg perlu..yg selalunya, sepanjang aku duk kat sini, paling awalpun, kul 5.30 pm and paling lewat, after 8.00 mlm..ayooo....aku pun tak tahu nak cakap apa..as a wife, you memang kena ada kesabaran and pengertian sebenarnya. kalau you tak faham dengan keja your husband, then there is no need for a wife...cheeeee.hehehe.
but its true...as a wife, aku memang dah accept life mcm ni sejak hubby accept offer by the KLK. lagipun, mana boring pun....rumah yg dia bagi,besarla jugak...ada banyak keja yg leh ko buat..then , kawasan luar umah pun besar jgk...nak tanam apa pun leh. nak kata, life tak ada...ada sebenarnya..tapi kalau ko sorang2, memang sakitla jugak. most of the AM yg hubby kenal, live separately from their wife and family..ada yg stay togerther..but most of them, live separately. so, you will have to get use to it.

okla...chow.

Thursday, January 04, 2007

If you worry about what might be, and wonder what might have been, you will ignore what is.

<Dah lama tak update blog...bukan apa..kekadang tu, rasa mcm masa menghimpit diri-tak sempat... well kita dah masuk tahun baru-


makin tua-

makin besar tanggungjawab-

makin tinggi harapan-

makin sibuk-

makin sedikit waktu utk org lain-

makin suntuk masa utk diri sendiri-

sebab

makin banyak yg nak dikejar-

makin banyak yg difulfillkan-

makin banyak yg nak diubah-

makin banyak yg nak dikurangkan-

makin banyak yg nak diucapkan-

makin banyak yg dibuat-



we might not be the same, and we might be the same..terpulang pada diri sendiri..terpulang pada kemampuan dan kudrat...yg paling penting, terpulang kepada KEMAHUAN.


bagi aku...punya kehidupan sendiri-berkeluarga and punya anak yg perlu dibentuk sudah cukup. lately aku terfikir kalau aku tak keja and spend more time with my hubby and anak, agaknya kehidupan kami bagaimana? mampu aku mengubat kerinduan seorang ayah kepada anaknya yg jauh di mata? mampu aku mendekatkan anak dengan ayahnya? atau mampu aku membantu suamiku dalam menguruskan keluarga? aku tidak fikir aku mampu membantu hubby. emm...kalau diikutkan hati aku ni, nak jer aku berenti keja. anak jauh di mata, suami lagila....anak jauh di utara, hubby lak di selatan...tuhan sahajalah yg tahu. kalau hati aku lembek, memang dah lama aku menangis di tengah jalan..aku pun bukannya sekuat mana pun..tapi alhamdullilah...Allah sentiasa memberi...yg penting, mcm mana ko menghargai apa yg diberi.


rindukan anak...rindukan hubby...well, alah tegal bisa. kalau diikutkan hati, memangla...tapi kalau kemahuan itu ada...insya Allah, yg susah bole jadi senang... kalau nak diikutkan jalan pendek memang senang - but at the end, you will not know...sama ada ko akan regret dgn keputusan yg dibuat or be happy with it.




actually, kata2 nenek aku last two weeks yg buat aku terfikir balik apa yg aku nak dalam hidup...dia cakap 'along, sampai bila nak duduk jauh2 dgn laki, anak'....

this is life...you do whatever you have to do in order for your children and your family to have what they deserve to have..dulu aku tak fikir mcm tu pun...dah kawin, dah ada anak...ko akan terfikir yg ko nak bagi apa shj yg termampu utk anak and family ko sendiri.. cuma, ko kena pandai tackle time and action...jgn sampai kejar duit, anak dibelakangkan...kekadang tu apa yg anak nak, tak sama dengan apa yg kita nak...well..been there already..so...aku tak nak anak merasa apa yg pernah aku rasa..


anyway..sempena tahun baru ni...semoga sahabat2 yg aku sayang - maria, zainab, jawa, ina, k long, fiza, ida, g kechik- happy sokmo2...tabah and kuat dalam menempuhi apa yg ada di hadapan...kerana aku tahu, kalian punya cerita hidup yg tersendiri...enab - kawinla wooiit....


kawan2 aku yg lain, adik2 aku yg degil and ketegak tu...this year, jgn nak memain dah...especially adik aku ayuz ni...BELAJAR!!!!! kang ada nak kena belasah kang...


Thursday, December 07, 2006

FINALY

after nine months of waiting, alhamdullilah, finally aku selamat delivered my baby - Nur Afifah bt Nor Azlan. the sweetest moment in my life. she is finaly for me to hold and kiss, to love and dibebelkan. i have no idea that having a baby could change the way i look into life now. so precious...and it did..i dont think i want to barter the moment when i first heard she cried with anything else...alahai.....sweet sangat2...baru aku tahu, kuat jugak anak aku ni menangis..hehehe




at first, tak terasa pun nak bersalin time tu..cuma rasa sakit semacam dari malam 10/09/06..i thought i'm having a normal backache and etc...maklumla lagi 2 minggu kalau nak diikutkan...


kebetulan jalan dengan kawan opis, nasib baikla dia ada utk temankan aku time tu...memang tak larat nak jalan - lenguh and sakit semacam jerr...dont know why.

after sampai di opis, kawan2 opis yg lain suruh aku pi hospital. siap ada org tolong hantarkan lagi. hubby call and concern gila pasal aku dah start sakit2 tapi sempat tu aku cakap tak sakitla...padahal...Allah jerla yg tau...tahu2 jer aku menangis sorang2 dalam bilik bersalin..


went to the pusrawi and terus di bawa ke bilik bersalin. nurse cakap, pintu rahim tak bukak lagi...so kena tahan and dipasangkan alat (aku tak ingat penamanya alat tu) di perut utk dengar heart beat baby...alhamdullilah normal..yg penting baby aku sihat..

sampaile keesokkan arinya, pintu rahim aku tak terbukak jugak- Dr Adilah advised aku operate...sebab takut baby lemas...aku takut sebenarnya..lagipun petang sebelumnya, aku sesak nafas - after nurse suntik ubat tahan sakit - aku terus sesak and diberi bantuan oksigen..aku masa tu? tak tahu nak cakap apa...rasa mcm ..entahla...rasa mcm tak sempat jumpa hubby pun ada...mak aku ada kat sebelah time tu..dia menangis - panik actually and terus paksa hubby aku balik KL jugak petang tu...padahal sebelum aku sesak nafas tu, aku siap buat lawak dgn hubby lagi..lama la jugak aku dalam keadaan tu...yg aku tahu, lepas tu, mak aku, nenek aku, tak pernah nak p jauh dari katil aku..duk jer situ layan selimut aku..aku memang tak larat...

kul 1 pagi, hubby sampai dengan suar pendek dia, selipar, nasib baik dia sempat pi tukar selipar dengan kasut keja, dengan muka penat...sian lak aku tengok laki aku tu...alhamdullilah..tengok muka hubby aku - takla takut sangat aku dibuatnya...yelah..mak aku cepat panik, nenek aku lak, kalau aku sakit jer, berair mata dia...lagila takut aku dibuatnya...tapi aku tahu...depa sayang kat aku..emm....


so, sampai 10.00 pagi, 12/9, pintu rahim still tak terbukak jugak..memang nak kena operate. at first aku refuse..nak induce jer..nak sedaya yg mampu-utk bersalin normal. tapi mak aku insist and hubby aku insist jugak..alasannya, aku dah sehari suntuk menahan sakit - takut tak larat nak meneram..okla. lagipun dr. pun advise bedah jer...so..aku sempatla menengok nenek aku menangis lagi, mak aku menangis lagi sebelum kena heret ke bilik operation..lagila aku naik gabra..aku memang menangis ler sesampai jer dalam bilik operation tu...sampai dr. pun naik pening kut tengok aku..huhuhu....


dah siap dibius....perut kena potong - sakit nak mampus sebab aku bole rasa pisau tu toreh perut aku and bila dr. goyangkan perut aku (ko imagine ek, mcm ko potong ikan - mcm tu agaknya)...mana taknya, ubat bius tak lali pun lagiiiiiiii...masya Allah.......yg aku tahu, aku sempat menjerit jap lepas tu terus pengsan..tahu2 jer, depa alihkan aku ke wad biasa..errr...kalau ditanya, aku nak ke operate lagi? - taak maauuuu...mintala dijauhkan...kalau bole, adik fifi kang, biarla aku normal lak...tak sanggup oden...


saat yg paling aku tak leh nak lupa, bila nurse bawak fifi jumpa aku..subhanallah...kecilnya anak aku....first time menyusukan fifi...aku pegang tangan kecil dia....usup pipi dia yg kemerahan tu...nikmatnya, Allah swt sahajalah yg tahu....sedih..and happy...glad and bersyukur sangat2...alhamdullilah...Allah itu Maha Memberi...Dia berikan aku sedikit kesakitan utk menikmati kebesaranNya...Dia berikan aku sedikit kepayahan, supaya aku merasa nikmat dariNya....

semoga aku sentiasa pegang kesakitan ini utk peringatan aku di hari muka...semoga kesakitan bersalin ini menambah rasa hormat pada mama...semoga dengan kesakitan aku ini, menjadikan hati aku pemaaf kepada segala keburukan and trauma yg aku alami masa budak2 dulu..semoga anak aku, tidak menempuhi apa yg aku tempuhi...tidak merasa sakit yg aku rasai.....kerdil sebenarnya perasaan aku...yup...aku akui...aku menangis lagi..dan lagi....dan aku tahu, hubby memang tak sampai ati melihat aku mcm tu...dan aku tahu, insya Allah...aku mahu jaga hubby sepertimana dia menjaga aku sepanjang aku di hospital and di rumah...

buat kekawan aku - life is too precious...hargai apa yg ko ada...sebab ko tak akan tahu, apa yg akan ko hilang...

Monday, September 04, 2006

dah 9 months.............

a'kum...

dalam diam tak diam, rupanya dah masuk bulan ke 9 baby ku ini. kalau nak dikira ikut minggu, then dah 37 weeks...i have another 3 weeks to go. tapi hari tu jumpa dr, dia cakap, maybe aku deliver awal kut...sebab nampak mcm dah ke bawah sangat anak ibu yg sorang ni. insya Allah...moga Allah lindungi kandungan ku ini dengan barakahNya.

selalu jugak org bertanya, aku ni dah ready ke nak jadi ibu? mmm...dah nak keluar pun baby, kalau kata tak ready memang sia2la...tapi kalau nak diikutkan, aku sebenarnya rasa takut gila ni...takut nak bersalin tu satu halla...mentalitynya, aku naik seram sejuk kalau jadi apa2 pada baby. insya Allah, tak ada apa kut. dah dua kali termimpikan pasal bersalin ni...aduiii lagila buat aku tak keruan. anyway, eventhought hubby jauh di mata, insya Allah, doanya sentiasa dekat di hati. aku tak harapkan apa2 pun, asalkan baby selamat and aku selamat, insya Allah. moga Allah lindungi kami berdua...

okla...nak siapkan keja sebelum aku bercuti panjang..kang kesianlak kat member2 aku kat opis ni ahhh...tak pasal2 kena take over keja aku...

Tuesday, August 22, 2006

dah lamanyaaaaaaa

wah...dah lamanya aku tak update blog...tak sempat and tak terlarat dengan keja yg dah bertimbun atas meja aku ni hah...tapi aku ada berita best - nampaknya abg mus dah ada blog dia sendiri...congrate....itu yg buat semangat angin kus-kus aku datang tu..tapi sekejap jerlah...jenuh aku berusaha nak buat link tapi sampai lani tak dapat2....

anyway, tak lama lagi aku bercuti dua bulan la nampaknya..baby pun dah masuk 33 weeks...perh...mcm tak caya kan yg pregnancy aku dah masuk ke minggu 33.....baby pun sihat-alhamdullilah...aku berdoa sangat yg baby aku ni sihat sampaila aku nak bersalin nanti...so far, baby memang aktif semacam...syukur sangat2. rasanya sebab hubby aku pun tak ada kat sini, so baby pun mcm faham jer yg ayah dia tak ada utk menemankan mummy dia...hehehhe...

aku ingat nak buat diari for my baby tapi tup2 tinggai angan2 jer..memang tak sempat...asal malam jer, mata aku ni memang tak leh nak bertahan utk sesaat - mesti nak melabuh jer....siannnnn...yelah...acila tu sebab aku pun bangun setiap berapa jam utk ke bilik air and sebab aku semput - tak dan nak nafas tul....maybe sebab dah nak masuk ke bulan 9 ni, so sakit belakang and kekerapan nak ke toilet makin menampakkan belangnya...so nak buat mcm mana kan....

last check up, my baby dah 2.4 kg...cuba imagine....tulang sihat, heart beat ok, air ketumban aku pun ok, posisi baby alhamdullilah - dah ke bawah...kaki and tangan - ya rabbi - aktif...

okla..lain kali aku update lagi......chow.

Friday, April 28, 2006

cinta tanpa syarat

i read this story from saifulislam.com...wanna share with all of you. there are time when we forgot and this time, i did.may Allah forgive me.




Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)



"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".



Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.



Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.



Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu."



Saya memang rindukan bonda. Bonda saya juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan makam ayahanda di tepi masjid sebelah rumah. Bonda sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah nenda pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.



Mungkin semua itu kerana watak ayah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama ayah. Namun selepas ayahanda pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..



Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh ayah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada ayah. Kini ibu saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan bonda kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.



Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan bonda kesunyian di kampung.



Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.



Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?



Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.



"Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Dan pandai mengajuk cakap", keluhan saya kepada bonda beberapa ketika yang lalu.



"Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah", itulah suara dari hati bonda.



Semasa berdoa tadi baru saya sedar, ibu saya amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf bonda semasa saya kecil...



Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa bonda sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila bonda terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.



"Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya.



"Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet", itulah katanya.



Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu bonda dan dia dengan segera memujuk.



Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Bonda tidak marah.



Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Bonda tidak marah.



Ayahanda juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku."



Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.



Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun 'tak hingin' nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.



Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Ayah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini". Itu cara ayah saya. Dia jarang sekali marah.



Ayah dan bonda saya amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja karenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.



Ayah dan bonda menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.



Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.



Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, "bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.



Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah....



Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.



"Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya.



"Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!", kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. "Abah, jangan cakap macam tu...", saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.



Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.



Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.



Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat...



NAMUN...



Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!



Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.



Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.



Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?



Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.



Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.



Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:



(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.



(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.



(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.



(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.



(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.



Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.



"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".



Ameen.

Thursday, April 27, 2006

ERKKKKKK

erkkk.....dah lama tidak menjenguk my blog. dah lama jugak aku menunggu bia keja aku nak siap. makin bertambah daripada hilang terus. anyway..hari ni ada board meeting nampaknya mima makan free lagila. besttnnya tapi yg tak bestnya sebab nak kena makan sekali dgn board member. kalau friendly tu tak apa...ini tidak. aduhai malasnya. rasa mcm nak escape jer hari ni. newey, hari ni bos aku present his paper to the board. insya Allah.aku rasa tak ada problemla sebab paper dia aku dah baca. memang best. isu ada and etc. talking about the PMS or private maritime security. kindda excited jugak aku ni sebab kalau tak ada aral melintang, terpublishla paper bos aku ni dalam mima issue paper. excited oooiiii.....aku bila la nak ikut jejak dia ek? hehehhee.

baby dalam kandungan dah berusia 19 minggu. ada lagi seminggu and then cukupla 5 month aku pregnant. wah cepatnya masa berjalan...mesti baby aku dah membesar ni. hehehe..cant wait for my baby to kick me.

okla. aku pun nak pi news ni. jap lagi tak sempat sebab nak buat kerja lak. baby aku ni dah expert bab maritime issues agaknya. alhamdulililah.

Thursday, April 13, 2006

a touching story-Allah is great

A Story to be shared....






This story was written by a Muslim doctor who worked in Africa.
One night I had worked hard to help a mother in the labor ward; but
in spite of all we could do she died leaving us with a tiny

premature baby and a crying two-year-old daughter.



We would have difficulty keeping the baby alive, as we had no
incubator.
(We had no electricity to run an incubator.) We also had no special
feeding facilities. Although we lived on the equator, nights were
often chilly with treacherous drafts.


One student midwife went for the box we had for such babies and the
cotton wool the baby would be wrapped in. Another went to stoke up
the fire and fill a
hot water bottle.
She came back shortly in distress to tell me that in filling the
bottle, it had burst. Rubber perishes easily in tropical climates.


And it is our last hot water bottle!" she exclaimed.
It is no good crying over spilled milk, so in Central Africa it might
be considered no good crying over burst water bottles. They do not
grow on trees, and there are no
drugstores down forest pathways.


"All right," I said, "put the baby as near the fire as you safely
can, and sleep between the baby and the door to keep it free from
drafts. "Your job is to keep the baby warm."
The following noon, as I did most days, I went to have prayers with
any of the orphanage children who chose to gather with me.


I gave the youngsters various suggestions of things to pray about
and told them about the tiny baby. I explained our problem about
keeping the baby warm enough, mentioning the hot water bottle. The
baby could so easily die if it got chills. I also told them of the
two-year-old sister, crying because her mother had died.


During the prayer time, one
ten-year-old girl, prayed with the
usual blunt conciseness of our African children. "Please, Allah,"
she prayed, "send us a water bottle. It'll be no good tomorrow,
Allah, as the baby will be dead, so please send it this afternoon."


While I gasped inwardly at the audacity of the prayer, she added by
way of a corollary, "And while You are about it, would You please
send a dolly for the little girl so she'll know You really love
her?"


As often with children's prayers, I was put on the spot. Could I
honestly say, "Ameen?" I just did not believe that Allah could do
this.


Oh, yes, I know that He can do everything. The Holy Quraan says so.
But there are limits, aren't there? The only way Allah could
answer would be for a package to arrive from the homeland.



I had been in Africa for almost four years at that time, and I had
never, ever received a parcel from home. Anyway, if anyone did send
me a parcel, who would put in a hot water bottle? I lived on the
equator!


Halfway through the afternoon, while I was teaching in the nurses'
training school, a message was sent that there was a car at my
front door. By the time I reached home, the car had gone, but
there, on the verandah, was a large twenty-two pound
parcel.


I felt tears pricking my eyes. I could not open the parcel alone,
so I sent for the orphanage children. Together we
pulled off the
string, carefully undoing each knot. We folded the paper, taking
care not to tear it unduly. Excitement was mounting

.
Some thirty or forty pairs of eyes were focused on the large
cardboard box. From the top, I lifted out brightly colored, knitted
cotton jerseys. Eyes sparkled as I gave them out. Then there were
the knitted bandages for the leprosy patients, and the children
looked a little bored. Then came a box of mixed raisins and
sultanas-

that would make a batch of buns for the weekend. Then, as I put my
hand in again, I felt the...could it really be? I grasped it and
pulled it out -- yes, a brand-new, rubber hot water bottle, I cried.
I had not asked Allah to send it; I had not truly believed
that He could.



The ten year old was in the front row of the children. She rushed
forward, crying out, If Allah has sent the bottle, He must have sent
the dolly, too!"


Rummaging down to the bottom of the box, she pulled out the small,
beautifully dressed dolly. Her eyes shone! She had never doubted.


Looking up at me, she asked: "Can I go over with you, Mummy, and
give this dolly to that little girl, so she'll know that Allah
really loves her?"


That parcel had been on the way for five whole months. Packed up by
my former school class, whose leader had heard and obeyed Allah's
prompting to send a hot water
bottle, even to the equator. And one of the girls had put in a
dolly for an
African child- five months before -- in answer to the believing
prayer of
a ten- year-old to bring it "that afternoon."

"Before they call for prayer, I will answer all prayers!"




Allah wants us to ask of Him.and he will surely answer.

Please share this amazing story with as many
others as you can.


Our Allah really IS . . . AN AWESOME Allah!



LESSONS TO BE LEARNED:



Don't ever underestimate the POWER OF ALLAH-

Allah can do anything Allah desires



Kids are innocent and pure- Their duas[prayers] are easily and
quickly answered by Allah



The Dedication of this Muslim Doctor - spare time was devoted to
Allah to bring others closer to Him- Lets also become inviters to
ALLAH



Don't forget others in need.you may never know when you would be in
need!



Always contribute to good causes.you never know the little you give
may save some ones life..or in which way it will benefit them.